Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai Mudah dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai Mudah dan Sedap – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ikan yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi masakan ikan 3 rasa. Resepi masakan ikan tiga rasa ala thai ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya untuk makan tengahari atau makan malam. Resepi ikan siakap 3 rasa ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih disamping kailan ikan masin, telur dadar, tomyam dan sebagainya.

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai Mudah dan Sedap

Resepi Siakap 3 Rasa ala Thai Mudah dan Sedap

Jom kita tengok resepi dan cara penyediaan menu yang sangat lazat ini

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng)
  • garam secukupnya
  • 100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
  • 2 sb minyak
  • Bahan Cincang Halus:
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia muda
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Sos:

  • 1 sk kicap manis
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos plum (guna sos ikan)
  • 1 sb jus limau nipis

Bahan-Bahan dihiris Halus:

2 helai daun limau purut
1/2 kuntum bunga kantan
4 – 5 biji cili padi

Cara Membuat Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

1. Pertama. sediakan kukusan dan lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengkapi dengan sedikit minyak dan air. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.

2. Siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. masukkan cili kisar dan goreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. kacau rata.

3. Selepas mendidih. masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

4. Masak kuah hingga masak dan kelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.

5. Terakhir, sediakan dengan nasi putih panas-panas.

Selamat mencuba resepi ikan siakap 3 rasa ini boleh dihidangkan untuk 3 – 4 orang dan semoga anda selalu senang berkunjung di blog saya ini, terima kasih.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih