Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah

Powered by WP Review

Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ayam yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi ayam masakan hitam. Resepi masakan ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya di majlis keraian seperti majlis perkahwinan atau kenduri doa selamat. Resepi ayam ini biasanya dihidangkan bersama nasi briyani atau nasi tomato.

Resepi Ayam Masak Hitam Simple Resepi mudah sedap

Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah

Resepi masakan ini juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan dan inilah lauk yang akan saya masak hari ini. jom kita layan resepi mudah dan sedap ini.

Bahan-Bahan Ayam Masak Hitam

  • 9 tangkai cili kering – kisar halus
  • 4 camca besar minyak
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 2 serbuk besar jintan putih
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar – kisar kasar
  • 1 biji tomato – kisar kasar
  • 1 batang serai – diketuk
  • kicap manis secukup rasa
  • daun kari
  • daun pandan
  • rempah tumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
  • halia

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah

1. Potong ayam kecil-kecil sederhana kemudian tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia

2. Selepas tu perap ayam dengan bahan yang sudah di tumbuk tadi ditambah serbuk hitam putih selama lebih kurang 1 jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan daun kari, daun pandan, dan rempah tumis. kemudian masukan cili kering dan biar sehingga pecah minyak.

4. Masukan ayam yang sudah di perap tadi bersama tomato puree, serai, dan kecap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.

5. Masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.

Selamat mencuba resepi ayam masak hitam ini sangat simple dan sedap bila dimakan bersama nasi panas.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih