Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Mudah

Powered by WP Review

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Mudah – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ikan yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi masakan ikan masam manis. Resepi masakan ikan masam manis ala thai ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya untuk makan tengahari atau makan malam. Resepi ikan siakap masam manis ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih disamping kailan ikan masin, telur dadar, tomyam dan sebagainya.

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Mudah

Anda pasti nak cuba resepi yang ringkas ini kan? jom kita lihat cara-caranya dibawah

Bahan-Bahan Resepi Ikan Siakap Masam Manis:

  • 1 ekor ikan siakap kira-kira 1 kg
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 susu besar sos cili
  • 30gm nanas – dipotong dadu
  • 20gm lada benggala hijau
  • 1 labu bawang holland – dihiris kasar
  • 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong seperti mancis
  • gula, garam, dan lada sulah secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 tangkai cili merah
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Mudah:

1. Bersihkan ikan siakap, selepas itu siat dagingnya dan dipotong dadu lalu di goreng hingga separuh garing dan bila dah garing ketepikan seketika

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukan bawang putih dan tumis hingga agak garing. selepas itu masukan bawang holland dan lobak merah

3. Setelah lobak merah dan bawang holland agak layu masukan masukan air dan semua sos lalu kacau rata.

4. Selanjutnya perasakan dengan gula, serbuk lada, dan garam secukup rasa. selepas tu masukan nanas, lada benggala, dan cili merah.

5. Akhir sekali, kacau sebentar dan bila ikan dah masak matikan api dan tuang kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedappp!

Nota: teknik memotong ikan yang saya pakai yaitu dengan menyiang seperti biasa. tetapi menghiris ikan dikedua-kedua belah sisi dan seterusnya dipotong dadu. dan jangan lupa tulang ikan bersama-sama kepala juga di goreng rangup. Selamat mencuba resepi ikan siakap masam manis yang boleh anda cuba di rumah dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan kongsikan resepi-resepi lainnya yang tak kalah sedap.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih