Resepi Udang Nestum Mudah Dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Udang Nestum

Resepi Udang Nestum Mudah Dan Sedap – Resepi masakan yang admin nak kongsi kali ini ialah udang nestum mudah dan sedap. Resepi masakan ini pastinya menjadi kegemaran keluarga terutamanya kanak-kanak. Resepi masakan udang nestum ini amat mudah untuk disediakan dan sedap untuk dimakan.

Resepi Udang Nestum Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Udang Nestum:

  • 1/2 kg udang saiz sederhana
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
  • 2 biji telur putih gred A
  • 75ml stok ayam buatan sendiri (resipi-halal-kiub-stok-ayam-homemade)
  • 50ml susu sejat
  • 100 gm nestum
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Udang Nestum:

  • Udang yang telah dibersihkan digaulkan sebati dengan garam serta sedikit lada hitam dan telur putih.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.
  • Kemudian,masukkan cili padi, daun kari, stok ayam, susu sejat, nestum serta bahan perasa.
  • Gaulkan sehingga sebati dan masak sehingga memekat
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.

Selamat mencuba Resepi Udang Nestum Mudah Dan Sedap. Silakan Share, Like & Follow page Resepi Mudah Sedap (Set See First) TQ

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih