Resepi Sup Ayam Kampung Sedap

Powered by WP Review

Resepi Sup Ayam Kampung Sedap – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan sup yang cukup sinonim untuk mereka yang mengamalkan makanan berdiet. Resepi masakan sup ayam ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya ketika badan rasa kurang sihat dan hilang selera makan.

resepi sup ayam

Resepi Sup Ayam Kampung Sedap

  • 1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 inci halia ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 2 batang serai dititik
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya Resepi Sup Ayam Kampung:

#1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.

#2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 – 15 minit.

#3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

#4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.

#5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Selamat mencuba resepi sup ayam kampung mudah dan sedap.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih