Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap – Jom belajar buat sup ayam yang paling sedap dan paling mudah, hanya ambil masa 15 minit je dah boleh siapkan. Nilai kalori sup ayam adalah 290 kj. Sup ayam dikategorikan sebagai makanan yang sihat dan sedap selain ia diletakkan dibawah makanan berkuah. Orang yang demam, sakit, dan orang yang ada masalah gigi atau gusi digalakkan mengambil sup ayam sebagai makanan harian.

resepi sup ayam mudah

Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap

Untuk menjadikan resepi sup ayam itu berkhasiat, 2 perkara perlu diambil kira:

1. Rempah Ratus yang digunakan. Perbanyakkan dan lebihkan penggunaan Rempah Ratus.

2. A.yam yang digunakan. Digalakkan guna a.yam bersaiz 2kg dan kalau boleh pastikan ianya a.yam kampung atau a.yam organik. Maaf cakap, a.yam biasa kita beli adalah kurang berkhasiat.

Kita tengok orang tua di kampung, selalu makan a.yam kampung, telur a.yam kampung, sup ayam kampung, dari dulu sehinggalah sekarang, tapi tiada masalah hormon tak stabil dan masalah alergik. Tetapi kita yang di bandar, dimana terbiasa makan ayam yang disuntik steroid, menjadi kurang imun dan kurang sihat tubuh badan.

Baca Resepi:

Okay mari teruskan dengan cara memasak resepi sup ayam.

Bahan Bahan Resepi Sup Ayam Mudah:

  • Separuh ayam
  • 2 biji kentang potong empat
  • Sebiji lobak segar dipotong 4 dipotong besar
  • 1 bunjut sup
  • 1 biji bawang besar dipotong nipis
  • 5 biji bawang putih diketuk-ketuk
  • 2 inci halia racip halus
  • Air secukupnya

Cara Caranya Resepi Sup Ayam Mudah:

  1. Masukkan kesemua bahan tadi kecuali daun sup ke dalam periuk dan panaskan api.
  2. Apabila sudah menggelegak, masukkan sedikit garam dan penambah perasa. Kacau sehingga rata.
  3. Teruskan memasak sup tersebut menggunakan api sederhana perlahan sehingga a.yam dan kentang empuk.
  4. Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga letak bawang goreng untuk menambah sedap.

Sup Ayam panas sedia untuk dihidangkan dan disantap bersama keluarga. Oh ya, tips untuk anda, pastikan sup ayam dikekalkan suam atau panas dengan menggunakan teknik mereneh sup. Semakin lama direneh, semakin keluar khasiat a.yam.

Jika guna a.yam kampung, perhhhh! Memang sedap dan berkhasiat dijamin. Esok pagi bangun badan pasti akan berasa segar dan bertenaga. Hehe. Admin orang kampung da selalu makan ayam kampung, memang lain dari a.yam bandar.

Jangan lupa share artikel resepi ini ya. Bantu kami menjana pendapatan bagi menampung kos hosting dan domain. Terima Kasih Sayang Semua.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih