Resepi Sos Pencicah Serbaguna, Mudah, Cepat & Sedap

Powered by WP Review

Resepi Sos Pencicah Serbaguna, Mudah, Cepat & Sedap. Boleh Cicah Pelbagai Makanan Bergoreng & Rebus

Resepi Sos Pencicah Serbaguna

Resepi Sos Pencicah Serbaguna, Mudah, Cepat & Sedap

Bahan-Bahan Sos Pencicah Serbaguna:

1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air

Cara Membuat Sos Pencicah Serbaguna:

1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.

3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.

4. Angkat, sejukkan dan boleh dimasukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.

5. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.

Kredit resipi & gambar: Mummy Violet via MAHN

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih