Resepi Sambal Tumis Telur Mudah Dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Sambal Tumis Telur Mudah Dan Sedap – Resepimudahsedap.com kali ingin berkongsi resepi mudah dan sedap yang menjadi kegemaran dikalangan kita iaitu sambal tumis telur. Kadang dengan kesibukan kita bekerja membuatkan punyai masa yang terhad untuk memasak, dengan adanya resepi ini kita tidak memerlukan banyak masa untuk menyediakannya. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan resepi sambal tumis telur mudah dan sedap ini.

Resepi Sambal Tumis Telur

Resepi Sambal Tumis Telur Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan sambal tumis telur:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3-4 sb cili kisar
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Telur – rebus, kupas & goreng

Cara menyediakan sambal tumis telur:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan
  4. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Selamat mencuba resepi sambal tumis telur mudah dan sedap. Silakan Share, Like & Follow page ResepiMudahSedap (Set See First) TQ

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih