Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur Mudah dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur Mudah dan Sedap – Resepimudahsedah.com kali ini ingin berkongsi resepi masakan sambal sotong sumbat telur yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan Sambal Sotong Sumbat Telur Mudah dan Sedap.

Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan Sambal Sotong Sumbat Telur:

Inti Sumbat:

  • 2 biji telur ayam
  • carrot (dicincang)
  • sosej (dicincang)
  • secubit garam
  • <1 sudu besar mayonis

Cara-cara :

  • campurkan semua bahan dan goreng hancur

Sambal Sotong:

  • 3 ekor sotong
  • 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
  • 2 sudu sos cili
  • minyak untuk menumis
  • 3 batang pencongkel gigi/lidi
  • sedikit air asam jawa
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara Menyediakan Sambal Sotong Sumbat Telur:

  1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
  2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau
  3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
  4. Masukan serbuk kari dan sos cili
  5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
  6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
  7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2
  8. bila dah masak boleh la hidangkan 😉

Selamat mencuba Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur Mudah dan Sedap. *Jemput share dan tag kawan2

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih