Resepi Puding Marble Mudah Dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Puding Marble Mudah Dan SedapResepimudahsedap.com pada kali ini ingin berkongsi resepi masakan simple dan sedap iaitu puding marble. Walaupun resepi ini mudah untuk disediakan tetapi harus dilakukan dengan teliti untuk mendapat corak marble yang cantik. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan resepi puding marble.

Resepi Puding Marble

Resepi Puding Marble Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Puding Marble:

  • 37 gm agar-agar tali
  • 6 gelas air (1300 ml)
  • 2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 tin susu cair (IDEAL)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Menyediakan Resepi Puding Marble:

  1. Masak agar-agar dengan air.
  2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati.
  3. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.
  4. Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dlm agar-agar)
  5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
  6. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
  7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
  8. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais.

Selamat mencuba Resepi Puding Marble Mudah Dan Sedap.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih