Resepi Kuah Pecal Mak Ton Mudah dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Kuah Pecal Mak Ton Mudah dan SedapResepimudahsedap.com kali ni ingin kongsikan resepi masakan kuah pecal mak ton. Kuah pecal yang sedap pastinya akan membuat selera setiap hidangan terutamanya untuk juadah makanan tengahari.

Kuah Pecal Mak Ton

Resepi Kuah Pecal Mak Ton Mudah dan Sedap

Sayur-Sayur Yang di gunakan Kuah Pecal Mak Ton:

  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Paku
  • Kangkung
  • Paku Rawan
  • Nangka muda
  • Jantung pisang
  • Taugeh

Cara-Cara Kuah Pecal Mak Ton

  1. Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakan sayur menjadi layu selepas dicelur ( over cooking)
  2. Celur semua sayur dan sejat supaya kering
    Tauhu di goreng
    Timun

Resepi Kuah Pecal Mak Ton:

  • 500gm kacang tanah india
  • 10biji bawang kecil ros
  • 5biji. bawang putih
  • 1/2inch belacan
  • 3 cawan air
  • 2 sudu asam jawa
  • 1keping gula kabung

Cara Menyediakan Kuah Pecal Mak Ton

  1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan
  2. Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan
  3. Goreng belacan sehingga garing ketepikan
  4. Goreng cili kering sehingga garing ketepikan
  5. Blender bahan satu persatu dengan 3’cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang di gunakan tadi
  6. Asam jawa di ramas bersama air tadi kemudian di masukan ke dalam kuali
  7. Gula kabung di masukan bersama
  8. Menggelegakan sehingga pekat dan garamkan
  9. Sedia untuk di hidangkan

Selamat mencuba Resepi Kuah Pecal Mak Ton Mudah dan Sedap.

Kredit Resepi: Aezach AR

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih