Resepi Homemade Sosej Lebih Berkhasiat & Sedap

Powered by WP Review

Resepi Homemade Sosej Lebih Berkhasiat & SedapResepimudahsedap.com kali ini ingin berkongsi makanan yang menjadi kegemaran anak-anak iaitu homemade sosej. Resepi masakan ini tidak lah terlalu susah untuk disediakan sekiranya anda mengikuti langkah-langkah seperti dibawah. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan resepi homemade sosej ini.

Resepi Homemade Sosej Lebih Berkhasiat & Sedap

Resepi Homemade Sosej Lebih Berkhasiat & Sedap

Bahan-Bahan Homemade Sosej:

  • 1 kg isi ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
  • 1 gelas air / stok ayam

* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.

Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

 

Cara Menyediakan Homemade Sosej:

1.  Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

Resepi Homemade Sosej

 

2.  Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

3.  Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

4.  Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.

 

Selamat mencuba!

 

Oleh: EDITORIAL RASA

Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih