Resepi Cheesekut Milo Mudah Dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Cheesekut Milo

Resepi Cheesekut Milo Mudah Dan Sedap – Resepimudahsedap.com kali ini ingin berkongsi resepi cheesekut milo yang mudah dan sedap. Berikut guna bahan yang murah-murah. Also ada yang jenis belagak siap ada strawberry, blueberry and siap drizzle dengan chocolate ganache and sprinkle dengan chocolate rice. Ada yang letak Horlicks and Oreo as well. Tapi bahan utama dia tetap kena ada biskut, susu pekat manis dengan cream cheese. Biskut tu pulak ada yang guna biskut cream crackers biasa empat segi tu also ada yang guna biskut marrie. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara menyediakan resepi cheesekut milo yang mudah dan sedap.

Resepi Cheesekut Milo Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Cheesekut:

  • 1 peket biskut Cream Crackers
  • 1 kotak susu segar full cream
  • 1 bar cheese cream
  • 1 tin susu pekat manis

Untuk Hiasan Resepi Cheesekut:

  • Sedikit milo untuk tabur
  • 1 peket fresh strawberry

Cara Menyediakan Resepi Cheesekut Mudah Dan Sedap:

  1. Mula-mula putar 1 bar cheese cream dengan setengah tin susu, 3 sudu susu segar gunakan mixer.Lepas tu letak susu dalam mangkuk ukuran besar guna untuk dip biskut je.
  2. Rendam biskut dalam susu kiraan 3 saat. Jangan lama sangat nanti biskut jadi lembik.Susun biskut ke dalam bekas segi empat yang besar. Cukup muat 9 keping biskut untuk 4 lapisan. Bila tak ada, guna Tupperware pun tak apa, cuma patahkan je biskutnya nanti.
  3. Lepas tu lapiskan cheese cream dan susu yang sudah dibuat tadi. Lapisan pertama tak perlu buat tebal sangat. Lapisan kedua baru buat tebal sikit. Lapisan ketiga nipis balik dan lapisan keempat tebal balik.
  4. Taburkan coklat milo di atasnya. Bila tak suka milo, boleh letak oreo pun tak masalah. Ikut sorang la selera.Bila suka manis, boleh tuang susu pekat manis lagi di atas lapisan tu. Jangan banyak3, nanti kencing manis.. hihihi.. Resepi Cheesekut Milo Mudah Dan Sedap
  5. Lepas tu lapis biskut balik dan ulang langkah diatas, sampai jadi 4 lapis biskut. Kalau 3 terlalu nipis, 5 tebal sangat.Bila dah 4 lapis, belah stawberry jadi 2 dan letak di atas lapisan cheesekut tu. Tak letak pom tak ape, sebagai hiasan untuk nampak lagi sedap..
  6. Letak dalam peti sejuk kurang lebih 5 jam, lepas tu dah cheeskut boleh potong.

Macam mana? Mudah je kan buat resepi cheesekut milo mudah dan sedap yang saya kongsikan kali ni. Saya guna buah stawberry sebab nak bagi balance dengan rasa masam dan manis cheese cream susu. Bila tak nak pakai pun tak apa. Anak-anak pasti suka makan cheesekut ni !!!

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih