Resepi Begedil Mudah dan Sedap

Powered by WP Review

Resepi Begedil Mudah dan Sedap

Resepi Begedil Mudah dan Sedap – Resepimudahsedap.com ingin berkongsi resepi masakan dari seberang iaitu begedil. Makanan ini pastinya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Masakan ini cukup sinonim bila dihidangkan bersama masakan seperti soto. Mari kita lihat resepi begedil ini dan cara-cara penyediaannya.

Resepi Begedil Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan Begedil Mudah dan Sedap:

  • 2 cawan kentang goreng yang telah dilenyek halus
  • 1 cawan hirisan udang basah
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang dan daun sup
  • garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
  • sebiji telur
  • minyak

Bahan Tumbuk:

  • 1 sudu makan udang kering – rendam hingga kembang
  • 1 sudu teh lada putih

Cara Menyediakan Resepi Begedil Mudah:

  1. Masukkan kentang lenyek ke dalam mangkuk, disusuli dengan udang basah, bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup serta perasa.
  2. Gaul sebati dan kepal-kepalkan mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian bulatkan dan tekan hingga menjadi agak leper. Kemaskan bahagian tepinya supaya menjadi bulat dan rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  4. Sementara itu pecahkan sebiji telur dan pukul ringan.
  5. Setelah minyak panas, masukkan salutkan begedil dengan telur dan terus goreng dengan api sederhana kuat.
  6. Goreng sehingga begedil masak atau kelihatan kuning kecoklatan.
  7. Angkat dan toskan.

Selamat mencuba Resepi Begedil Mudah dan Sedap, Jom Layann 😍😍🌹

Kredit Gambar : Alin Azlina

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih