Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Special Sedap

Powered by WP Review

Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Special Sedap – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ikan bakar yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi masakan ikan bakar sambal. Resepi masakan ikan bakar sambal special ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya untuk makan tengahari atau makan malam. Resepi ikan pari bakar sambal ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih disamping masakan kampung dan ulam-ulaman.

Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Special Sedap

Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Special Sedap

Memasak ikan boleh juga digoreng namun jika digoreng kandungan pemakanan di dalam ikan tersebut boleh hilang. biasanya kita membeli ikan di restoran dan ikan bakar direstoran pasti sangat sedap. Namun, anda juga boleh membuat sendiri di rumah. anda boleh mengajak keluarga memasak bersama ketika weekend serta sekaligus boleh menambah kesepaduan keluarga.

Bahan-bahannya Resepi Ikan Bakar Sambal Sedap:

  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 – 2 helai daun kunyit
  • 3 biji bawang putih
  • udang kering (dikisar bersama)
  • asam jawa
  • 2 inci kunyit hidup
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 20 – 25 lada kering (dikisar berasingan)
  • 2 inci halia
  • ikan pari secukupnya

Cara Membuat Sambal Ikan Bakar:

1. Pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyak ini. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.

2. Selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.

Cara Membakar Ikan:

Bahan-bahan:
– sambal ikan bakar
– aluminium foil
– daun pisang

Cara Membuatnya Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Special Sedap:

1. Pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.

2. Letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan aluminium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.

3. Jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.

Selamat mencuba resepi ikan bakar sambal yang saya kongsikan tadi sangat mudah kan? jangan lupa ya selalu kunjungi blog ini untuk resepi-resepi sedap yang lainnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih