Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap

Powered by WP Review

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ikan yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi masakan ikan stim limau. Resepi masakan ikan stim ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya untuk makan tengahari atau makan malam. Resepi ikan siakap stim limau ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih disamping kailan ikan masin, telur dadar,  tomyam dan sebagainya.

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap

Sebenarnya i.kan apa pun boleh dimasak dengan cara stim. namun, menurut saya ikan siakap mempunyai rasa yang lebih lazat berbanding ikan lain.

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap

Pasti anda ingin tahu bagaimana cara memasak ikan siakap, jom lihat penyedia nya seperti berikut ini.

Bahan-Bahan Untuk Siakap Stim Limau:

  • seekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 inci halia (dipotong memanjang)##
  • 3 helai daun limau purut##
  • 1/2 kiub pati ayam knorr atau serbuk secukup rasa##
  • garam, serbuk perasa dan sedikit gula##
  • 2 sudu sos ikan (takde pun takpe)##
  • 5 ulas bawang merah##
  • 4 ulas bawang putih##
  • 1/2 biji bawang besar##
  • lengkuas (dipotong memanjang)##
  • 3/4 biji limau nipis (perah dan ambil airnya sahaja)##
  • 3-5 biji cili merah ##
  • daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)

Cara Membuatnya Resepi Ikan Siakap Stim:

1. Bersihkan i.kan siakap dan disapukan dengan sedikit garam, kemudian kukus dengan sedikit air selama 15 – 20 minit.

2. Sementara menunggu i.kan siakap masak. panaskan sedikit minyak kedalam kuali dan masukkan semua bahan yang bertanda ##. panaskan sehingga layu. rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya.

3. Bila i.kan dah masak dan semua bahan tadi sudah layu tuangkan kuah dan kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.

4. Terakhir angkat i.kan dan sedia dihidangkan. jika anda ingin aroma yang lebih sedap taburkan daun ketumbar dan salad.

ps: Kalau nak nampak ikan stim ini ada warna pelangi boleh ditambah cendawan, tomato, lobak, dan sebagainya. Selamat mencuba resepi ikan siakap stim limau ala saya dan bila anda suka masakan pedas boleh menambah sedikit cili.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih