Cara Membuat Roti Canai Lembut Dan Sedap

Powered by WP Review

Cara Membuat Roti Canai Lembut Dan Sedap – Resepimudahsedap.com kali ini ingin berkongsi resepi masakan mudah dan sedap iaitu resepi roti canai lembut. Roti canai pastinya menjadi makanan kegemaran seluruh rakyat malaysia tak kira tua atau muda. Makanan ini sangat sedap bila dihidangkan bersama kuah dhal atau pun kari. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara menyediakan roti canai lembut dan sedap.

Roti Canai Lembut Dan Sedap

Cara Membuat Roti Canai Lembut Dan Sedap

Bahan-bahan Roti Canai Lembut Dan Sedap (12-16 biji):

  • 550gm tepung gandum
  • *250gm air
  • *Sebiji telur
  • *3 tsp susu pekat manis
  • *1 tsp garam
  • *1 tsp butter/marjerin
  • 1-2 tsp tepung gandum untuk ditambah kalau terlembik masa menguli

Cara Membuat Roti Canai Lembut Dan Sedap:

  1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau hingga sebati
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
  3. Uli hingga menjadi doh
  4. Rehatkan doh selama 10 minit
  5. Uli lagi selama 5 minit
  6. ** Ulang step No. 4 & 5 sebanyak 3 kali
  7. Bentukkan bulat-bulat, sapu dengan marjerin sebelum disimpan.
  8. # Kalau ikut resepi asal, simpan selama tiga jam atau lebih….tapi Mr. Hubby dan kawannya uli pada malamnya dan tebar keesokan pagi..Memang elok jer waktu tebar tak koyak..Roti pun lembut…
  9. Masa nak tebar/kibar, penyekkan dulu sebesar tapak tangan, kemudian baru tebar…
    Untuk menebar ni yang perlukan skill…kalau tak pandai boleh guna dulang besar yang diterbalikkan (teringat mak buat macam ni masa saya kecik-kecik dulu…)

CARA MEMBUAT KUAH DHAL.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  2. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  4. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing .

Selamat mencuba Resepi Cara Membuat Roti Canai Lembut Dan Sedap

Like & Share moga bermanfaat.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih