Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap

Powered by WP Review

Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ayam yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi masakan ayam merah tomato. Resepi masakan ayam merah ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya di majlis keraian seperti majlis perkahwinan atau kenduri doa selamat. Resepi ayam masak merah ini biasanya dihidangkan bersama nasi briyani atau nasi tomato.

Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Tomato Sedap

Kelainan terletak pada rasa masam tomato dan masakan ini sangat sedap dimakan bersama acar mentah dan nasi tomato serta pasti menjadi kegemaran ramai bila dihidangkan di hari istimewa.

Resepi sedap ini masa penyedia nya cukup mudah dan cepat hanya 40 minit sahaja. jom kita tengok resepi dibawah:

Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Merah Tomato

  • 3/4 ekor ayam (saiz kecil) – dipotong saiz sesuai
  • 3 biji tomato ranum – dikisar dengan 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 senduk penuh cili kering bawang putih bawang besar – blender
  • sedikit kacang peas
  • 4 sudu kecil gula pasir
  • 1 biji bawang besar – hiris kasar
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa secukup rasa

Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Merah Tomato

1. Bersihkan ayam kemudian gaul dengan kunyit dan garam selepas tu digoreng sehingga 3/4 masak

2. Kurangkan minyak dalam kuali cukup-cukup untuk menumis bahan kisar dan tumis bahan kisar dan tomato sehingga naik bau dan wangi

3. Kemudian tambahkan sos cili, sos tiram, garam, gula, dan serbuk perasa. selepas tu tambahkan dengan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga sos mendidih

4. Masukan ayam yang sudah digoreng tadi dan bawang hiris. kemudian kacau sehingga kuah berkurang atau biarkan berkuah sedikit bila suka berkuah.

5. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

Selamat mencuba resepi ayam masak merah tomato yang boleh anda cuba di rumah dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih