Resepi Ayam Masak Madu Sedap dan Simple

Powered by WP Review

Resepi Ayam Masak Madu Sedap dan Simple – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ayam yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi ayam madu. Resepi masakan madu ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya di majlis keraian seperti majlis perkahwinan atau kenduri doa selamat. Resepi ayam madu ini biasanya dihidangkan bersama nasi briyani atau nasi tomato disamping ayam masak hitam.

ayam masak madu

Resepi Ayam Masak Madu Sedap dan Simple

Ayam masak madu ini paling sedap bila taburkan bawang goreng atau daun sup diatasnya dan resepi ini juga sesuai untuk anda yang baru-baru nak belajar memasak. jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Madu Sedap

  • 1/2 ekor a.yam
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • bawang besar – dipotong bulat
  • bawang merah – dikisar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • tomato – dibelah 4
  • kulit kayu manis
  • air – ikut nak kuah banyak atau tak
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Madu Sedap

1. Basuh dan potong a.yam sesuka hati kemudian ayam digaram kunyitkan. selepas tu a.yam digoreng separuh masak angkat dan toskan dan ketepikan.

2. Tumis bahan kisar tadi sampai naik bau kemudian masukan kulit kayu manis dan bila dah nampa garing masukan air, sos cili, sos tomato, dan madu.

3. Masukan a.yam dan biarkan ayam masak sepenuhnya dan perasakan dengan sedikit garam.

4. Akhir sekali masukan tomato dan bawang besar dan bila dah empuk angkat dan a.yam siap dihidangkan.

Bagaimana resepi ayam masak madu ni simple sangat kan? selamat mencuba resepi yang saya share ini bermanfaat dan sampai jumpa di artikel berikutnya, terima kasih.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses