Resepi Ayam Masak Kurma Special

Powered by WP Review

Resepi Ayam Masak Kurma Special – Resepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ayam yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi kurma ayam. Resepi masakan ayam kurma ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya di majlis keraian seperti majlis perkahwinan atau kenduri doa selamat. Resepi ayam masak kurma ini biasanya dihidangkan bersama nasi briyani atau nasi tomato disamping ayam masak hitam.

Resepi Ayam Masak Kurma Special

Resepi Ayam Masak Kurma Special

Menurut saya hidangan ini sangat mudah dan sedap untuk disediakan, pastikan juga anda menggunakan santan dan a.yam yang segar bagi mendapatkan rasa yang terbaik.

Berikut resepi ayam kurma yang saya kongsikan untuk anda

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging a.yam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • rempah tumis (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis)
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Cara Menyediakan Resepi Ayam Masak Kurma

1. Panasakan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, rempah kurma ayam, rempah tumis dan kacau sehingga pecah minyak

2. Selepas tu masukan ayam dan kacau sebati kemudian tunggu sekejap sampai masak kemudian masukan sedikit asam jawa, lobak merah, dan kentang.

3. Bila kentang dan lobak merah dah empuk boleh masukan santan dan kacau sebati lalu biarkan mendidih

4. Akhir sekali, masukan gula dan garam secukup rasa kemudian masukan juga tomato. bila dah masak hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedappp!

Hidangan ini memang sedap bila dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan yang dititiskan dengan limau nipis, ikan kering, dan telur dadar. Selamat mencuba resepi ayam masak kurma special.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih