Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Sedap

Powered by WP Review

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah SedapResepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ayam yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi ayam halia. Resepi masakan ayam halia ala thai ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya ketika makan tengahari atau makan malam. Resepi ayam masak halia ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih bersama telur dadar, tomyam, sayur kangkung belacan dan sebagainya.

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Sedap

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Sedap

Memang tak sia-sia mencuba, resepi yang cukup ringkas ini tapi hasilnya cukup sedap. bila anda tidak punya masa pergi ke dapur sangat cocok kerana resepi yang mudah ini adalah terbaik untuk dicuba.

Bahan-Bahan Ayam Masak Halia:

  • dada ayam – dipotong kecil
  • 8 biji cili padi – diketuk atau dibelah 2
  • 1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan air
  • 3 ulas bawang merah – diblender
  • 1/2 lobak merah – dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besarnya – dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih – diblender
  • 1 biji bawang besar – dicerca 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia – hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala – dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

1.  Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

3. Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.

4. Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda

5. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasa nya dengan selera anda. bila dah masak tutup api dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedappp!

#Sebenarnya resepi ayam masak halia berkuah ini dapat dari pertolongan cik google. tapi saya dalam dilema kerana resepi awalnya tak tahu jadi nak dicatatkan dari siapa dah, kerana resepi saya skodeng ni dan selamat mencuba.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses