Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Powered by WP Review

Resepi Ayam Goreng Kunyit SedapResepimudahsedap.com hari ini nak kongsikan resepi masakan ayam yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia adalah resepi ayam kunyit. Resepi masakan ayam kunyit ini sangat popular dan menjadi kesukaan ramai terutamanya ketika makan tengahari atau makan malam. Resepi ayam goreng kunyit ini biasanya dihidangkan bersama nasi putih bersama ayam masak halia, telur dadar, tomyam, sayur kangkung belacan dan sebagainya.

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Sebenarnya, dah lama resepi ini disalin. cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini. Resepi ayam goreng kunyit ini dapat dimasak dalam anggaran 20 minit (10 minit penyediaan dan 10 minit memasak) dan resepi ini hanya untuk 2 orang makan. so, kalau untuk lebih dari anggaran 2 orang, anda boleh ubah sesuai kuantiti.

Bahan-Bahan Ayam Goreng Kunyit:

  • 300 gram a.yam – bahagian dada
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 4 batang kacang panjang – potong 2 inci
  • 1 biji bawang merah – hiris nipis
  • 1 biji cili merah – hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis

Cara Menyediakan Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap:

1. Potong dada ayam pada iub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap selama kurang lebih 5 minit.

2. Selanjutnya panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada a.yam diatas apai besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.

3. Sila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi ayam goreng kunyit sedap ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih